PADANG BESAR: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Perlis mematahkan cubaan menyeludup dadah jenis ganja yang menyerupai belacan seberat 3.68 kilogram (kg) bernilai RM11,408 ke negara ini selepas menahan seorang lelaki di Wang Kelian, di sini, pada 21 Disember lalu.
Ketulan ganja itu dibentuk serta dibungkus berbentuk belacan sebelum disembunyikan dalam sebuah bagasi milik suspek berusia 24 tahun yang bekerja sebagai pengurus acara merangkap pemandu pelancong sambilan.
Pengarah Kastam Negeri Perlis, Ismail Hashim berkata, kejadian berlaku sekitar jam 9.35 pagi di laluan pejalan kaki (import) Pos Imigresen, Kastam dan Kuarantin (ICQ) Wang Kelian, Kaki Bukit apabila anggota kastam yang bertugas ternampak suspek dalam keadaan mencurigakan sedang melalui kawasan berkenaan untuk memasuki negara ini.
“Anggota kita ternampak lelaki warga tempatan itu yang baharu tiba dari arah Thailand sedang membawa bersama sebuah bagasi beroda berwarna hitam dan kemudian kita menahannya untuk pemeriksaan.
“Hasil pemeriksaan ke atas lelaki serta bagasi itu mendapati terdapat beberapa beg plastik lutsinar dan plastik hitam yang di dalamnya terdapat ketulan mampat dadah disyaki jenis ganja atau kanabis seberat 3,680 gram atau 3.68 kg.
“Malah, apa yang mengejutkan kita, bekalan ganja itu dibentuk serta dibungkus seolah-olah seperti belacan yang digunakan dalam bahan makanan kita dan ia disembunyikan di dalam timbunan pakaian suspek dalam bagasi itu,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita dalam sidang media di Cawangan Penguatkuasaan, Pejabat Kastam Padang Besar, di sini hari ini.
Katanya, suspek dipercayai memperoleh bekalan dari Hatyai, Thailand dan terpaksa mengharungi perjalanan lebih dua jam untuk tiba di sempadan Malaysia-Thailand di Wang Kelian.
“Siasatan awal kita mendapati, suspek mendapatkan bekalan dari Hatyai dan dia tidak menggunakan laluan di ICQ Padang Besar atau ICQ Bukit Kayu Hitam untuk memasuki negara ini meskipun jaraknya lebih dekat dengan Hatyai.
“Sebaliknya, suspek memilih untuk mengharungi perjalanan lebih dua jam ke Wang Kelian berbanding Padang Besar dan Bukit Kayu Hitam disebabkan ICQ Wang Kelian tiada mesin imbasan elektronik dan hanya menggunakan pemerhatian dan pemantauan mata secara manual daripada pihak berkuasa sahaja berbanding kedua-dua lokasi itu,” katanya.
Ismail berkata, suspek turut dibayar RM5,000 untuk tugasan berkenaan oleh sindiket.
“Kita percaya juga suspek mahir dengan selok belok keadaan di sekitar kawasan ICQ berkenaan disebabkan pekerjaannya sebagai pemandu pelancong sambilan yang kerap kali membawa pelancong pergi dan pulang ke negara jiran.
“Suspek direman selama tujuh hari sehingga hari ini dan disambung remannya hingga Isnin hadapan untuk membantu siasatan,” katanya.
Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh membawa hukuman mati atau penjara seumur hidup serta sebatan tidak kurang daripada 12 sebatan.
Adie Sufian Zulkefli
Fri Dec 29 2023
Ketulan ganja itu dibentuk serta dibungkus berbentuk belacan sebelum disembunyikan dalam sebuah bagasi milik suspek. -PDRM
Tempoh penguatkuasaan garis panduan pemutihan sekolah agama persendirian, tahfiz dilanjut - Amirudin
Tempoh penguatkuasaan garis panduan pemutihan sekolah agama persendirian dan tahfiz di Selangor dilanjutkan.
Kes rasuah Wan Saiful: Surat pelawaan tender turut dihantar kepada Nepturis - Saksi
Surat pelawaan tender bagi Projek Central Spine Road: Sertik Ke Persimpangan Lebuhraya Pantai Timur dihantar kepada tiga syarikat kontraktor termasuk Nepturis.
Sambutan Hari Kebangsaan 2024 di Putrajaya, Hari Malaysia di Sabah
Putrajaya sekali lagi menjadi lokasi sambutan Hari Kebangsaan ke-67, sama seperti edisi 2023, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.
Wujud pasukan khas laksana pematuhan, penguatkuasaan larangan merokok - Cuepacs
Cuepacs mencadangkan Kementerian Kesihatan wujudkan pasukan khas untuk melaksanakan penguatkuasaan larangan merokok di premis makanan dan restoran.
AWANI Ringkas: Tindakan selepas penubuhan Suruhanjaya Pekerja Gig
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Lebih 569 tan metrik bantuan kemanusiaan tiba di Gaza
Komando Pusat Amerika Syarikat (CENTCOM) pada Isnin memaklumkan ketibaan lebih 569 tan metrik bantuan kemanusiaan tiba di Gaza melalui jalan laut.
Kapal kontena Dali berjaya dialihkan - White House
Kapal kontena Dali berjaya dialihkan pada Isnin yang merupakan langkah penting kearah membuka kembali laluan perkapalan itu.
Saksi dakwa Ebit Lew hantar mesej lucah menjelang malam
Saksi kesembilan mendakwa mesej yang diterima daripada pendakwah terkenal, Ebit Lew berunsur.
Datuk bandar antara 3 maut dalam serangan hendap
Tiga pegawai kerajaan, termasuk seorang datuk bandar telah ditembak mati oleh sekumpulan lelaki bersenjata yang disyaki sebagai pemisah pada Isnin di wilayah bergolak Barat Laut Cameroon.
Kit ujian pantas laris di Singapura
Kita Ujian Pantas (ART) Antigen COVID-19 laris dijual di Singapura susulan peningkatan kes jangkitan virus tersebut.
Kastam Perlis tahan pemandu pelancong, rampas 'ganja belacan'
Ismail berkata, suspek turut dibayar RM5,000 untuk tugasan berkenaan oleh sindiket.